Hujan mula turun, entah sudah berapa lama titisannya tidak dijamah bumi.Merajuk mungkin…kenapa merajuk?Entahlah, itu urusan mereka.Tapi jujurnya, aku juga rindukan udara nyaman.Panas akhir – akhir ini begitu mencabar kemampuan tubuhku menyesuaikan diri.Heh.Terkadang terasa bagai habis terhidrat segala bendalir yang setia mengisi dua pertiga fizikalku.Apa mungkin sudah luluh rajuknya Sang Hujan?Entahlah.Tapi harapnya, janganlah selalu merajuk.Tak sanggup menahan haba amarahmu itu.
Apapun, jari – jari ini terus meraba – raba di papan not.Cuba mengejar arpeggio semulajadi barangkali.Asyik.Hujan seringkali disamakan dengan air mata & kesedihan.Lain orang, lain persepsinya.Tetapi hari ini, hujan turun untuk merahmati Jumaat.Alam, alam…misterinya.
P/S : Aku dah obses kat hujan ke apa ni?
Recent Comments